Menachem Begin
Menachem Begin

Menachem Begin

 Menachem Wolfovich Begin (bantuan·maklumat) (16 Ogos 19139 Mac 1992) (bahasa Ibrani: מְנַחֵם בְּגִין) ialah seorang Yahudi-Poland yang merupakan ketua Irgun, sebuah kumpulan bawah tanah Zionisme, serta pemenang Hadiah Nobel Keamanan dan Perdana Menteri Israel Parti Likud yang pertama. Walaupun dihormati oleh banyak orang Israel, warisan Begin masih menimbulkan banyak perbalahan dan pecah belah. Sebagai ketua kumpulan Irgun, beliau memainkan peranan yang utama dalam pemberontakan Yahudi terhadap Mandat Palestin British dan oleh itu, telah dianggap sebagai pengganas oleh pihak British. Perbuatan-perbuatannya amat dikesali oleh pimpinan Zionisme aliran utama dan akhirnya mengakibatkan beliau diketepikan. Mengalami lapan kekalahan berturut-turut pada tahun-tahun sebelum beliau menjadi perdana menteri, Begin mula mewakili para penentang terhadap kerajaan yang diketuai oleh Parti Mapai Yahudi Ashkenazi. Kemenangannya dalam pilihan raya pada tahun 1977 bukan sahaja mengakhiri tiga dekad hegemoni politik Parti Buruh, tetapi juga melambangkan penjajaran semula sosial yang baru, dengan komuniti-komuniti yang sehingga ini diketepikan diberikan pengakuan umum. Bagaimanapun, setakat mana perubahan perlambangan ini telah dijadikan dasar kerajaannya masih amat dipertikaikan.Walaupun Begin memantapkan kedudukannya sebagai seorang ahli ideologi konservatif yang membara, pencapaian utamanya yang pertama sebagai Perdana Menteri adalah untuk merundingkan Persetujuan Kem David dengan Presiden Anwar Sadat dari Mesir pada tahun 1978. Dalam perjanjian itu, beliau bersetuju untuk mengundurkan semua askar Pasukan Pertahanan Israel dari Semenanjung Sinai dan mengembalikannya kepada Mesir. Walaupun demikian, pada tahun-tahun berikut, khususnya semasa penggal keduanya sebagai Perdana Menteri sejak tahun 1981, kerajaan Begin mula menuntut semula agenda nasionalisme dan menggalakkan perluasan petempatan Yahudi di wilayah-wilayah pendudukan Israel. Sebagai balasan terhadap serangan-serangan dari utara, beliau memberikan kebenaran untuk sebuah serangan terhad masuk ke Lebanon selatan pada tahun 1982 yang dengan cepatnya bertambah buruk menjadi sebuah perang penuh. Ketika penglibatan tentera Israel semakin mendalam, Begin semakin menjadi murung dan berat mulut, akibat ketidakupayaan mengawal operasi ketenteraannya di Lebanon serta ketakstabilan ekonomi yang beransur-ansur merosot terus-menerus menjadi hiperinflasi. Tekanan awam yang ditambah buruk lagi oleh kematian isterinya, Aliza, pada November 1982, menambah lagi penarikan diri daripada kehidupan awam sehingga peletakan jawatannya pada September 1983.

Rujukan

WikiPedia: Menachem Begin http://www.findarticles.com/p/articles/mi_m1282/is... http://www.globalwebpost.com/farooqm/study_res/ein... http://www.palestineremembered.com//images/Israeli... http://www.mfa.gov.il/MFA/Peace%20Process/Guide%20... http://www.pmo.gov.il/PMOEng/Communication/PMSpeak... http://www.pmo.gov.il/PMOEng/History/FormerPrimeMi... http://www.begincenter.org.il/home.asp http://www.etzel.org.il/ http://www.informationclearinghouse.info/article12... http://www.jewishvirtuallibrary.org/jsource/Histor...